Salam kepada semua.......
sebelum mula menulis...saya nak ucapkan terima kasih kepada beberapa bloggers yang
sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dalam usaha pembikinan blog ni...Trimas saya ucapkan..
Ok lah..dalam usaha untuk memberi lebih pemahaman mengenai penggunnan kereta kebal ni..
saya akan cerita secara serba ringkas...(sumber diambil dari laman web lain..)
KERETA KEBAL
Sejarah..
Prototaip kereta kebal pertama diuji bagi tentera British untuk kali pertama pada 6 September 1915. Walaupun istilah "kapal darat" digunakan oleh The Admiralty, untuk mengekalkan rahsia, kenderaan awal dirujuk sebagai "pengangkut air" yang kemudian dipendekkan sebagai "tank" (tangki air dalam bahasa Inggeris).
Perkataan "tank" (tangki) digunakan untuk mengelirukan pekerja bahawa mereka sedang membina bekas air bertayar berantai untuk tentera British di Mesopotamia. Ia dijadikan nama rasmi pada 24 Disember, 1915. Lagenda menceritakan bahawa setelah disiapkan, kereta kebal itu dihantar ke Perancis dalam bentuk tong kayu besar. Untuk mengekalkan rahsia dan tidak menimbulkan tarikan kepada tong dan kereta kebal itu sendiri dilabel dengan tempat tujuan di Petrograd, Russia. Sebenarnya kereta kebal tidak pernah dihantar dalam tong kayu:: tulisan dalam bahasa Russia ditulis pada badan untuk penganggangkutan mereka dari kilang ke pusat latihan pertama di Thetford. Kereta kebal pertama digunakan dalam pertempuran di dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916. Penggunaan kereta kebal secara besar-besaran dalam pertempuran berlaku dalam Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917.
Walaupun kereta kebal pada akhirnya menjadikan perperangan parit Perang Dunia I lapuk, ia bukannya faktor penentu dalam perperangan itu. Keputusan awal dengan kereta kebal adalah rendah, dengan kereta kebal terbukti tidak boleh diharap, berkuasa rendah, perisai lemah dan tidak berupaya bergerak dalam mukabumi medan perang. Bagaimanapun, konsepnya dianggap bagus dan reka bentuk kereta kebal pihak bersekutu (termasuk Perancis) diperelok semasa perperangan. Kereta kebal yang berikutnya lebih tahan, mempunyai enjin lebih berkuasa, mampu menahan peluru penembus perisai Jerman dan dengan bentuk rhomboid mampu mengatasi halangan besar. Jerman turut membina beberapa kereta kebal, tetapi tidak mendalami konsep ini dengan lebih jauh.
Antara dua perang dunia, konsep kereta kebal diterima, dan beberapa negara mereka dan membina kereta kebal. Pelbagai saiz kereta kebal dipertimbangkan, dan usaha pembangunan yang banyak dilakukan bagi kereta kebal ringan yang boleh digunakan melawan infantri. Bagaimanapun, dengan pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal merupakan matlamat utama, ia menjadi jelas bahasa kereta kebal masa hadapan perlu dilengkapi dengan perisai berat dan membawa meriam besar. Bentuk kereta kebal, dahulunya sepenuhnya mempertimbangkan melepasi halangan, sekarang ditukar, dengan profil rendah diingini untuk sukar dilihat dan stabil...
Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.
Kereta kebal direka dan digunakan pertama-kalinya oleh British dalam Perang Dunia I (WWI) untuk memecahkan kebuntuan peperangan kubu parit, dan mereka terlibat secara beransur-ansur untuk menjalankan tugas asal pasukan berkuda di medan perang: dengan sama ada serangan posisi rusuk dengan pergerakan pantas atau menembusi pertahanan dengan pemusatan yang besar. Setiap pergerakan akan diikuti oleh dengan penembusan yang dalam ke barisan hadapan musuh, sekali lagi dengan daya geraknya yang tinggi. Kereta kebal jarang beroperasi sendirian, terorganisasi dalam unit berperisai, selalunya dalam pasukan bersenjata gabungan. Tanpa sokongan yang baik, biarpun mempunyai ketebalan perisai dan daya gerak, ia mudah dimusnahkan dengan meriam anti-kereta kebal khas, kereta kebal lain, roket anti-kereta kebal, periuk api anti-kereta kebal, infantri dan pesawat khas anti-kereta kebal...
Seterusnya saya akan cerita serba sedikit mengenai kos pembuatan kereta kebal...secara (umum)..
Bagi pendapat saya,kos pembuatan sebuah kereta kebal itu berubah mengikut zaman..mengikut peredaran
teknologi perisai dan senjata (alat penderia,penglihatan,enjin dll). Sebuah kereta kebal yang menggunakan enjin turbin gas sebagai contoh kereta kebal "Abrams M-1" kos pembinaanmya mencecah jutaan dollar sebuah kerana teknologi enjin nya yang canggih (disamping teknologi perisai dll)..tetapi sebuah kereta kebal xsemstinya mahal...tengok saja kereta kebal lagenda "T-72" buatan rusia..ia terbukti murah dari segi kos pengeluaran mahupun kos penyenggaraan...hanya sekitar 1 juta dollar sahaja..namun disini harus diingat
bahawasanya kos juga memainkan peranan penting dalam survavaliti sesebuah kereta kebal..semakin mahal bahan yang digunakan (semestinya semakin canggih),semakin tinggi lah survaviliti sesebuah kereta kebal itu di medan pertempuran..
Dalam konsep Malaysia umumnya,khasnya ATM..penggunaan unit kereta kebal ini dimulai dengan penubuhan skudaron yang menggunakan kereta kebal "skorpion" iaitu sebuah kereta kebal ringan yang dibeli dari Britain..semenjak itu pengalaman menggunakan kereta kebal itu memberi peluang kepada pemikir ATM dalam doktrin penggunaan kereta kebal..untuk melihat kesesuaian penggunaan kereta kebal di Malaysia dan akhirnya pada tahun awal tahun 2002, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu Tun Mahathir membuat keputusan dengan membeli sejumlah 48 biji kereta kebal buatan Poland iaitu "PT-91M"...untuk memantapkan kor armor ATM...dengan pembelian itu dapat dilihat kesesuaian mukabumi Malaysia untuk penggunaan kereta kebal..
Negara Serantau (ASEAN)
Dapat dilihat pembangunan ketenteraan tentera ASEAN semakin berkembang pesat..sebagai contoh..Singapura mendapatkan stok terpakai Leopord 2A4 dari Jerman..manakala Indonesia ingin membeli T-90 dari Rusia,manakala Thailand juga turut mahukan kereta kebal buatan China iaitu Type 99..negara ASEAN lain seperti Kemboja,Vietnam,Brunei masing-masing sudah mempunyai ketumbukan armor sendiri sama ada dari jenis kereta kebal ringan ataupun sederhana..
Jelas dilihat bahawa kereta kebal mempunyai kepentingan didalam pertahanan sesebuah negara...
Dan pada pandangan saya,penggunaan kereta kebal masih relevan sehingga 20-30 tahun lagi sebelum robot mengambil alih tugas manusia...wallahhualam...
Disini saya sediakan gambar kereta kebal lagi untuk tatapan semua..

Ni la PT-91M |
Ni pulak m-95 DEGMAN |
ni Merkava |
M-84 |
Ni la Leopord 2A4 |
ni Challenger 2. |